Friday 24 May 2013

Maklumat Musuh Anda Iaitu Rokok

Nikotin dari rokok berkebolehan untuk mencetuskan reaksi biokimia yang memberi kesan yang cepat pada mood, kebolehan untuk berfikir secara waras dan metabolism badan. Semakin banyak anda merokok, semakin kuat badan anda bergantung kepada keperluan nikotin. Akibat dari kekerapan merokok, badan anda telah menganggap nikotin adalah satu keperluan dalam badan. Hasilnya, apabila kekurangan nikotin dalam badan, badan anda akan meminta anda untuk merokok bagi menampung kekurangan nikotin.
Jika anda bukan perokok tegar, jangan cepat melatah kerana walaupun anda hanya kadang-kadang menyalakan api rokok, ia tetap memberi kesan kepada anda dari segi psikologi. Contohnya apabila anda merasa marah, anda perlukan rokok untuk memberi ketenangan kepada anda. Lama-kelamaan, anda hidup bergantung kepada nikotin.

Nikotin mengganggu fungsi sistem saraf anda dan seterusnya mengganggu sistem badan yang lain. Nikotin sangat licik dalam melancarkan serangannya. Ia akan membantu anda untuk berfikir lebih terang dan mengurangkan tekanan dan membuatkan anda merasa relaks. Ingat, ia hanyalah nikmat sementara sahaja. Dengan ini anda sudah tahu bagaimana nikotin memperdaya anda. Bagi saya, seorang perokok telah di tipu oleh nikotin.

No comments:

Post a Comment