Saturday 25 May 2013

Mulakan azam anda untuk berhenti merokok

Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah tentukan bila anda ingin bermula untuk berhenti merokok. Jika tiada idea, apa kata anda bermula tepat 7 hari selepas anda membaca ebook ini. Sepanjang 7 hari ini, cuba semua kaedah yang anda rasa sesuai untuk diri anda. Pada minggu hadapan bermulalah misi anda untuk berhenti merokok.

Hari pertama dan kedua anda bermula misi berhenti merokok.

Periksa kenapa anda merokok. Ketika merokok, tanya pada diri sendiri soalan berikut
1.     Kenapa saya merokok ?
2.     Adakah saya mampu untuk berhenti merokok ?
3.     Jika saya tidak merokok, apa yang saya akan lakukan ?

Hari ketiga

Pada hari ketiga, anda boleh mula melancarkan serangan ke atas pengaruh nikotin.
Setiap kali anda ingin merokok, gunakan salah satu teknik yang dicadangkan sebelum ini untuk mengatasinya. Jika perasaan keinginan tersebut tidak hilang, cuba pula teknik yang lain atau gabungkan kesemuannya.

Hari keempat

Pilih waktu atau keadaan yang paling susah untuk anda bertahan dari tidak merokok. Apa yang perlu anda lakukan adalah menahan diri anda dari menyalakan api rokok tersebut ketika waktu tersebut muncul. Contohnya kasim suka merokok selepas makan dan beliau memang tidak dapat tahan dari merokok. Untuk menahan diri dari merokok, kasim telah mencuba teknik meminum air.

Ingat, ini adalah latihan sahaja. Jika anda gagal, jangan kecewa, teruskan perjuangan. Jika anda gagal, anda mungkin mahu mencari jalan kenapa anda gagal.
Selalunya anda gagal kerana

Ketagihan melampau.

Seorang perokok yang tegar mempunyai kandungan nikotin yang banyak dalam badannya. Sangat sukar untuk anda melawan berjuta-juta askar nikotin. Anda boleh cuba minum air atau gunakan nikotin patch.

1.     Tekanan sosial

Bagaimana anda mula merokok?  90 % dari perokok biasanya mula merokok disebabkan pengaruh rakan-rakan.  Ia sangat susah jika anda ingin berhenti merokok tetapi rakan-rakan anda semuanya hisap rokok. Pastikan rakan anda faham akan niat anda. Jika mereka masih memaksa anda untuk merokok, tinggalkan mereka sementara anda boleh menahan diri anda dari merokok. Jangan ragu-ragu kerana anda berhenti merokok adalah untuk diri anda sendiri.

2.     Tekanan dan perasaan negatif.

Anda mempunyai tugas dan kerja yang sukar. Kebanyakan manusia yang berada dalam situasi anda akan merokok untuk menghilangkan tekanan. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, nikotin telah memperdayakan anda.  Anda boleh mencuba teknik pernafasan untuk meringankan tekanan.

Hari kelima, keenam dan ketujuh.

Matlamat anda ketika ini adalah untuk mengurangkan bilangan rokok yang anda hisap. Katakan anda menghisap 20 batang rokok sehari, anda perlu kurangkan bilangan rokok yang anda hisap sedikit demi sedikit. Jika boleh, setkan pada hari kelapan, anda tidak merokok lagi. Jika anda tidak mampu, anda boleh cuba kurangkan sebatang demi sebatang.

Jika anda serius untuk berhenti merokok tetapi tidak mampu untuk bertahan, saya nasihatkan anda untuk menggunakan patch nikotin dan gula-gula getah yang mengandungi nikotin. Ia hanya sementara tetapi boleh membantu anda. Ingat! Ketika anda menggunakan patch nikotin, anda tidak boleh merokok kerana ia akan menyebabkan badan anda menerima nikotin yang berlebihan.


Saya harap anda boleh amalkan kesemua teknik yang telah di huraikan di dalam artiklel ini. Jika anda menghidap kesan sampingan, Saya ada penyelesaian untuk anda.

No comments:

Post a Comment