Saturday, 25 May 2013

Bagaimana hendak berhadapan kesan sampingan selepas berhenti merokok.

Pening kepala – Jika kepala anda pening-pening, anda perlu rehat sementara. Ia adalah proses biasa badan anda untuk tidak lagi menerima nikotin. Jalan-jalan di sekeliling rumah turut boleh membantu.

Keletihan – Selalunya akan berlaku pada bulan pertama. Anda akan sentiasa rasa keletihan. Jangan risau, kalau letih berehat, kalau ngantuk tidur. Jangan paksa diri dan beri diri anda masa untuk membuang semua nikotin dalam badan.

Sakit dada-  Selalunya ia akan berlaku dalam beberapa hari awal. Rehat dan bernafas dengan tenang. Ia akan hilang selepas itu.

Masalah untuk tidur – Boleh berlaku untuk beberapa hari awal- elakkan dari meminum minuman bercaffeine dan melakukan senaman sebelum tidur. Mandi air panas sebelum tidur boleh membantu anda merehatkan diri.

Sembelit – Boleh berlaku pada bulan pertama – Jika perkara ini berlaku, anda perlu makan makanan yang mempunyai banyak fiber.


Daya tumpuan – anda mungkin akan sedikit lalok dalam 2 3 minggu pertama- jangan panik, banyakkan minum air dan lakukan senaman secara konsisten.

Mulakan azam anda untuk berhenti merokok

Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah tentukan bila anda ingin bermula untuk berhenti merokok. Jika tiada idea, apa kata anda bermula tepat 7 hari selepas anda membaca ebook ini. Sepanjang 7 hari ini, cuba semua kaedah yang anda rasa sesuai untuk diri anda. Pada minggu hadapan bermulalah misi anda untuk berhenti merokok.

Hari pertama dan kedua anda bermula misi berhenti merokok.

Periksa kenapa anda merokok. Ketika merokok, tanya pada diri sendiri soalan berikut
1.     Kenapa saya merokok ?
2.     Adakah saya mampu untuk berhenti merokok ?
3.     Jika saya tidak merokok, apa yang saya akan lakukan ?

Hari ketiga

Pada hari ketiga, anda boleh mula melancarkan serangan ke atas pengaruh nikotin.
Setiap kali anda ingin merokok, gunakan salah satu teknik yang dicadangkan sebelum ini untuk mengatasinya. Jika perasaan keinginan tersebut tidak hilang, cuba pula teknik yang lain atau gabungkan kesemuannya.

Hari keempat

Pilih waktu atau keadaan yang paling susah untuk anda bertahan dari tidak merokok. Apa yang perlu anda lakukan adalah menahan diri anda dari menyalakan api rokok tersebut ketika waktu tersebut muncul. Contohnya kasim suka merokok selepas makan dan beliau memang tidak dapat tahan dari merokok. Untuk menahan diri dari merokok, kasim telah mencuba teknik meminum air.

Ingat, ini adalah latihan sahaja. Jika anda gagal, jangan kecewa, teruskan perjuangan. Jika anda gagal, anda mungkin mahu mencari jalan kenapa anda gagal.
Selalunya anda gagal kerana

Ketagihan melampau.

Seorang perokok yang tegar mempunyai kandungan nikotin yang banyak dalam badannya. Sangat sukar untuk anda melawan berjuta-juta askar nikotin. Anda boleh cuba minum air atau gunakan nikotin patch.

1.     Tekanan sosial

Bagaimana anda mula merokok?  90 % dari perokok biasanya mula merokok disebabkan pengaruh rakan-rakan.  Ia sangat susah jika anda ingin berhenti merokok tetapi rakan-rakan anda semuanya hisap rokok. Pastikan rakan anda faham akan niat anda. Jika mereka masih memaksa anda untuk merokok, tinggalkan mereka sementara anda boleh menahan diri anda dari merokok. Jangan ragu-ragu kerana anda berhenti merokok adalah untuk diri anda sendiri.

2.     Tekanan dan perasaan negatif.

Anda mempunyai tugas dan kerja yang sukar. Kebanyakan manusia yang berada dalam situasi anda akan merokok untuk menghilangkan tekanan. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, nikotin telah memperdayakan anda.  Anda boleh mencuba teknik pernafasan untuk meringankan tekanan.

Hari kelima, keenam dan ketujuh.

Matlamat anda ketika ini adalah untuk mengurangkan bilangan rokok yang anda hisap. Katakan anda menghisap 20 batang rokok sehari, anda perlu kurangkan bilangan rokok yang anda hisap sedikit demi sedikit. Jika boleh, setkan pada hari kelapan, anda tidak merokok lagi. Jika anda tidak mampu, anda boleh cuba kurangkan sebatang demi sebatang.

Jika anda serius untuk berhenti merokok tetapi tidak mampu untuk bertahan, saya nasihatkan anda untuk menggunakan patch nikotin dan gula-gula getah yang mengandungi nikotin. Ia hanya sementara tetapi boleh membantu anda. Ingat! Ketika anda menggunakan patch nikotin, anda tidak boleh merokok kerana ia akan menyebabkan badan anda menerima nikotin yang berlebihan.


Saya harap anda boleh amalkan kesemua teknik yang telah di huraikan di dalam artiklel ini. Jika anda menghidap kesan sampingan, Saya ada penyelesaian untuk anda.

Friday, 24 May 2013

Bagaimana hendak menangani keinginan ?

Ada beberapa senjata yang boleh anda gunakan untuk membantu anda berhenti merokok.

Untuk pengetahuan anda, semua senjata atau teknik ini telah terbukti keberkesanannya.
Anda boleh guna kesemua teknik ini atau gabungkan beberapa teknik untuk membantu anda berhenti dari merokok. Semoga semua teknik di bawah mampu membantu anda untuk berhenti merokok.

  1. 1.     Tarik nafas dengan dalam, tahan ia untuk beberapa saat dan lepaskan nafas anda seperti anda melepaskan asap rokok. Teknik ini membantu anda untuk lebih tenang dan secara tidak langsung anda tahu bahawa perasaan yang anda capai ketika merokok adalah sama sahaja dengan perasaan ketika anda menarik nafas sedalam-dalamnya. Perbezaannya adalah anda menyedut oksigen dan ketika merokok anda menyedut nikotin.

  2. 2.     Ambil masa lima minit dalam sejam untuk melakukan perkara ini iaitu minum air dengan banyak. Ia boleh membantu anda untuk menyingkirkan perasaan ingin merokok dalam diri anda. Air lebihan juga membantu anda untuk menyingkirkan nikotin dalam badan. Lakukan perkara ini ketika anda rasa ingin merokok adalah di galakkan.

  3. 3.     Letakkan sesuatu yang tidak mempunyai kalori di dalam mulut anda. Ia boleh jadi pencungki l gigi atau apa sahaja yang anda rasa sesuai.

  4. 4.     Sibukkan diri untuk melakukan sesuatu setiap kali anda rasa ingin merokok. Anda rasa sahaja ingin merokok, sibukkan diri dengan memanjat tangga, mengemas rumah atau apa sahaja yang mampu anda lakukan.

  5. 5.     Selagi tidak merosakkan gigi anda, kunyah gula-gula getah atau gula-gula. Jika ada kencing manis, jangan lakukannya.

  6. 6.     Bangun dan jalan dalam bulatan. Ia akan membantu anda untuk menghilangkan keinginan merokok anda.

  7. 7.     Gunakan nikotin patch sebagai pengganti rokok anda.

Berhenti merokok dalam seminggu

  1. Kenapa anda perlu berhenti
  2. ·        Anda akan hidup lebih lama
  3. ·        Anda akan lebih bertenaga
  4. ·        Peluang untuk mendapat serangan sakit jantung akan berkurangan
  5. ·        Anda akan lebih tenang
  6. ·        Semua manusia di sekeliling anda akan hidup dengan selesa.
  7. ·        Jimat wang.


  Bagaimana dan bila anda hendak berhenti merokok ?

Ada dua jalan yang sangat efektif untuk berhenti merokok iaitu cara yang cepat dan cara yang perlahan-lahan. Cara perlahan memerlukan anda untuk mencuba berbagai cara untuk berhenti merokok. Tidak kisah anda pilih cara yang mana, asalkan anda selesa dengan pilihan tersebut. Walaubagaimanapun, jangan lupa akan serangan yang nikotin akan lakukan. Tidak semua manusia mampu untuk menahannya.

Cuba lalui ujian di bawah untuk mengetahui, teknik mana yang sesuai dengan anda.

Jawab soalan di bawah.

1.     Berhenti merokok adalah perkara yang sangat penting bagi saya sekarang.
Ya     tidak     tidak pasti.

2.     Saya boleh tangani masalah tanpa bantuan rokok.
Ya     tidak     tidak pasti.

3.     Saya perlu berhenti merokok sekarang dan mempunyai sebab yang kukuh kenapa saya perlu lakukannya.
Ya     tidak     tidak pasti

4.     Jika saya berhenti sekarang, saya tahu saya boleh cara untuk menghalang saya dari merokok walaupun godaan dari nikotin sangat kuat.
Ya     tidak     tidak pasti.

Jika anda menjawab semua soalan di atas dengan ‘ya’ anda adalah calon yang boleh untuk berhenti merokok dengan cepat.  Sebelum anda melakukannya, pastikan anda membaca apa yang anda perlu ada untuk berjaya. Selepas membaca semua perkara di bawah, pilih satu masa untuk berhenti. Jika bukan sekarang, esok pun boleh. Yang penting anda kena lakukannya.

Bagaimana dengan perasaan ragu-ragu yang saya miliki sekarang?
Kebanyakan perokok akan merasa ragu-ragu ketika membaca empat soalan di atas kerana anda tidak yakin akan kebolehan anda dan ragu-ragu sama ada anda patut berhenti atau tidalk. 
Untuk memberi keyakinan kepada anda, anda:
1
.     Cari jalan alternatif untuk menangani keinginan merokok.

2.     Cipta satu cara untuk menangani kenapa anda merokok?
Dengan menggabungkan kedua-dua perkara di atas, anda boleh lakukannya apabila tiba masa anda rasa anda mempunyai keyakinan untuk berhenti

Bagaimana anda boleh berhenti dari hisap rokok?

Nak berhenti merokok bukan mudah. Ia memerlukan usaha dari anda kerana serangan dari pihak nikotin sangat kuat. Apabila anda merokok, segala urusan dalam hidup anda bergantung kepada nikotin. Nikotin akan berusaha untuk mempengaruhi anda merokok jika kadar nikotin dalam badan berkurangan.  Seorang perokok selalunya ketagih untuk merokok.

Melakukan aktiviti berbentuk fizikal banyak membantu seorang perokok untuk berhenti dari merokok. Ada banyak perkara yang boleh memperngaruhi anda ketika anda melakukan aktiviti berbentuk fizikal. Antaranya ialah :-

·        Apabila kita aktif, kita akan lebih yakin pada keadaan diri kita dan percaya kita mampu.
·        Rasa lebih bertenaga dan mampu untuk menangani tekanan tanpa bantuan nikotin,
·        Bau rokok akan mula memualkan anda.


Apabila anda rasa untuk merokok, banguna dan lakukan pergerakan. Pergerakan akan membantu anda untuk meringankan beban yang anda terima dari nikotin.

Maklumat Musuh Anda Iaitu Rokok

Nikotin dari rokok berkebolehan untuk mencetuskan reaksi biokimia yang memberi kesan yang cepat pada mood, kebolehan untuk berfikir secara waras dan metabolism badan. Semakin banyak anda merokok, semakin kuat badan anda bergantung kepada keperluan nikotin. Akibat dari kekerapan merokok, badan anda telah menganggap nikotin adalah satu keperluan dalam badan. Hasilnya, apabila kekurangan nikotin dalam badan, badan anda akan meminta anda untuk merokok bagi menampung kekurangan nikotin.
Jika anda bukan perokok tegar, jangan cepat melatah kerana walaupun anda hanya kadang-kadang menyalakan api rokok, ia tetap memberi kesan kepada anda dari segi psikologi. Contohnya apabila anda merasa marah, anda perlukan rokok untuk memberi ketenangan kepada anda. Lama-kelamaan, anda hidup bergantung kepada nikotin.

Nikotin mengganggu fungsi sistem saraf anda dan seterusnya mengganggu sistem badan yang lain. Nikotin sangat licik dalam melancarkan serangannya. Ia akan membantu anda untuk berfikir lebih terang dan mengurangkan tekanan dan membuatkan anda merasa relaks. Ingat, ia hanyalah nikmat sementara sahaja. Dengan ini anda sudah tahu bagaimana nikotin memperdaya anda. Bagi saya, seorang perokok telah di tipu oleh nikotin.

Kesan Merokok

Berdasarkan pakar kesihatan, seorang perokok mempunyai 12 kali lebih risiko untuk memperoh kanser paru-paru. Fikirkan perkara ini sejenak, bukankah penting untuk anda hidup lebih lama supaya anda boleh merasakan kebahagian hidup lebih lama dan berupaya menjimatkan kos perubatan yang semakin meningkat.
Bahana merokok :
·        10 kali lebih berisiko untuk menghidap kanser mulut
·        12 kali lebih berisiko untuk menghidap kanser paru-paru
·        10 kali lebih berisiko untuk menghidap kanser di larinks
·        6 kali lebih berisiko untuk menghidap penyakit hati
·        2 kali lebih berisiko untuk mendapat stroke.
Cukup !!! dari kenyataan di atas, sudah cukup alasan untuk anda berhenti merokok.
Kewangan sekarang  yang semakin meruncing memerlukan anda untuk lebih berfikir secara rasional seperti adakah anda perlukan rokok untuk hidup?
Jika anda ingin berjaya, anda perlu jawab soalan di bawah dengan jujur :
1.     Apa yang anda akan lakukan untuk mengurangkan keinginan merokok setiap kali ia menyerang anda?

2.     Apa yang anda lakukan untuk mengatasi ketagihan merokok?